suria

Mariah tampil lebih montok sekarang

Badan penyanyi terkenal Mariah Carey lebih montok selepas berkahwin
Badan penyanyi terkenal Mariah Carey lebih montok selepas berkahwin
Badan penyanyi terkenal Mariah Carey lebih montok selepas berkahwin

WALAUPUN badannya agak gempal sekarang, penyanyi terkenal Mariah Carey langsung tidak menunjukkan yang dia malu atau kekok ketika beraksi di karpet merah di Festival Filem Cannes baru-baru ini.

Malah, Mariah kelihatan cukup bahagia ketika memberi pose istimewa bersama suami barunya, Nick Cannon yang jauh lebih muda di hotel yang terletak di French Riviera.

Mariah yang kelihatan berisi dan montok menggayakan maxi berwarna oren dan potongan halterneck.

Sewaktu Mariah, 40 tahun mula berpacaran dengan suaminya, Nick 28, pada bulan March 2008. Ketika itu, dia sungguh langsing kerana dia rajin pergi ke gim dan mengamalkan senaman di kolam renang.

Tapi kini setelah dia berkahwin, dia kelihatan lebih gemuk, kemungkinan terlalu bahagia dengan kehidupan sekarang.

Mariah menafikan yang dia sedang mengandung. Dia menulis dalam 'Twitter' yang dia agak risau dengan pertambahan berat badannya.

"Kalau saya gemuk...jurulatih peribadi saya, Patricia Gray akan kembali tinggal dengan saya," katanya.

Mulanya, Mariah tidak begitu hirau akan badannya yang naik mendadak tetapi setelah ditegur beberapa kali oleh seorang teman, Mariah agak risau.

Mariah kini dalam rangka lawatan mempromosi filem barunya, Precious, sebelum pulang ke kediamannya di Los Angeles hari Ahad ini.

Dia juga kelihatan begitu senang hati, memberi ciuman kepada suaminya ketika dirakam fotonya di kapal mewah milik pereka fesyen Roberto Cavalli.

Mariah berkahwin denngan Nick dalam satu upacara perkahwinan yang dirahsiakan di Bahamas tahun lepas setelah berpacaran selama enam minggu sahaja.

Artikel Lain