Cameron DiazBARU sahaja berpisah dengan kekasihnya, Paul Sculfor, aktres dari Hollywood, Cameron Diaz kelihatan keluar dengan penyanyi utama Maroon 5, Adam Levine.Menurut laporan media, foto-foto yang diambil mengenai pasangan itu makan tengah hari di restoran Chateau Marmont pada 16 Mei membuktikan mereka berdua sedang dilamun cinta. "Mereka benar-benar kelihatan gembira bersama-sama. Keintiman mereka tidak menggambarkan mereka baru berkenalan."Cameron ketawa dengan segala jenaka yang dilontarkan Adam. Mereka macam satu gandingan yang mantap. Malah, mereka berbaju sama," menurut satu sumber.