BAGAI RETAK MENANTI BELAH...Katie Price dan Peter Andre PERKAHWINAN Katie Price atau lebih dikenali sebagai Jordan dan Peter Andre bagaikan retak menanti belah apabila mereka 'tidak aktif' di atas ranjang.Dikhabarkan mereka tidak melakukan seks untuk tempoh dua tahun. Dalam pengakuan penuh emosi kepada rakannya, Peter berkata: "Saya telah memperkatakan perkara ini banyak kali -'bila' dan bukannya `jika' kami bercerai."Perhubungan terjejas sejak 2007 dan saya lebih merindui anak-anak saya," katanya.Jordan mengakui tanda-tanda perkahwinan tersebut menuju ke ambang kehancuran apabila kehidupan seks mereka adalah pasif.Katanya kepada kawannya: "Kami telah kehilangan rasa berahi di katil."