suria

Teri Hatcher bimbang rumah diserang lebah

Teri Hatcher
Teri Hatcher
Teri Hatcher

BINTANG filem Desperate Housewives, Teri Hatcher dilaporkan bimbang tentang keselamatan dirinya dan anak perempuannya, Emerson, 11 selepas ratusan ribuan lebah menyerang rumah mereka di Los Angeles.

Ekoran itu, mereka terpaksa meninggalkan rumah mereka.

Aktres itu sudah terbiasa dengan kehadiran lebah di sekitar rumahnya pada permulaan setiap musim bunga.

Sebelum ini, Hatcher hanya menghubungi penghapus lebah. Bagaimanapun, serangan terbaru yang luar biasa pada tahun ini menakutkannya.

"Saya percaya lebah-lebah itu membuat sarang di rumah saya dua kali setahun. Saya tinggal di Bukit (Hollywood) dan nampaknya, rumah saya menarik kedatangan lebah pada tahun ini.

"Lebah tidak akan datang seekor dua; tetapi lebih 20,000 lebah datang dan menghurungi rumah saya," menurut laporan media.

"Ketika insiden tersebut berlaku, saya dan anak perempuan bercadang memeriksa bilik dan mengumpulkan barang-barang untuk didermakan. Kemudian, saya terdengar bunyi dengungan.

"Saya melihat ke atas dan lebah-lebah itu tiba-tiba menyerang rumah saya. Ia seperti filem seram," tambahnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain