suria

Hak penjagaan anak AC Mizal disebut semula 11 Ogos

AC Mizal ketika hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, hari ini. -foto mStar oleh AU YEONG HOW
AC Mizal ketika hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, hari ini. -foto mStar oleh AU YEONG HOW
AC Mizal ketika hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, hari ini. -foto mStar oleh AU YEONG HOW

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini menetapkan tarikh 11 Ogos depan untuk sebutan semula bagi permohonan pelakon dan hos Akademi Fantasia, AC Mizal untuk mengubah hak penjagaan anak daripada bekas isterinya, Shafnie Zainudin.

Selain itu, peguam syarie, Siti Aishah Din yang mewakili AC Mizal turut meminta tarikh sebutan yang sama untuk menyampaikan permohonan perintah tegahan mengeluarkan kenyataan kepada media berhubung perkara yang bertentangan prosiding.

Hakim syarie Mahkamah Tinggi Syariah, Abu Zaky Mohammad menetapkan sebutan semula kes pada 11 Ogos ini.

Siti Aishah semasa perbicaraan berkata, pihaknya telah menerima satu salinan pernyataan pembelaan (daripada peguam Shafnie) dan berhasrat untuk memfailkan jawapan kepada pembelaan tersebut.

"Selepas diteliti, pihak kami berhasrat untuk memfailkan jawapan kepada pembelaan tersebut. Mohon tarikh sebutan untuk pihak kami menjawabnya," katanya.

Disember tahun lalu, AC Mizal selaku plaintif telah mengemukakan permohonan untuk mengubah perintah hak penjagaan.

Merujuk kepada Perintah Tegahan pula, Siti Aishah berkata, pihaknya telah membuat pindaan dengan memasukkan pihak-pihak berkaitan sebagai responden tetapi ia belum diserahkan.

"Jadi, mohon dilanjutkan (masa) untuk disampaikan kepada pihak-pihak terlibat... Mohon tarikh mention (sebutan) yang lain," katanya.

AC Mizal dan Shafnie telah bernikah pada 24 Jun 1995 sebelum bercerai talak satu pada 17 Oktober 2001.

Pasangan tersebut mempunyai dua anak iaitu Muhammad Shafiq Iman, 12, dan Muhammad Shabil Iman, 9.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain