suria

"American Idols' dipaksa lalui pemeriksaan wabak influenza H1N1

David Cook
David Cook
David Cook

PEMENANG "American Idols" juga tidak terkecuali dari melalui imbasan kesihatan untuk pemeriksaan wabak influenza H1N1 atau 'swine flu'.

Pihak kesihatan Filipina terpaksa mengejar David Cook dan David Archuleta, pemenang pertama dan kedua "American Idols" dan menyuruh mereka mengisi borang kesihatan dan mengarahkan mereka mengambil tahap suhu badan mereka dua kali seharis ebelum konsert terbuka mereka.

Pengarah biro kuarantin, Edgardo Sabitsana, berkata kedua selebriti itu bergegas melalui check-point tanpa melalui imbasan kesihatan yang sepatutnya menjadi sesuatu yang wajib sebelum memasukki negara itu.

Tanpa membuang masa, pegawai yang bertugas telah mendapatkan kedua selebriti itu di hotel penginapan mereka. malah, Cook and Archuleta telah diberi peringatan yang mereka akan ditahan jika mereka tidak bekerjasama.

"Kami terpaksa memberitahu mereka yang kami terpaksa mengambil langkah undnag-undang seandainya mereka tidak memberi kerjasama," kara Sabitsana.

"Mujurlah kedua penyanyi itu memberi kerjasama", katanya.

Swine flu, wabak influenza H1N1 sudah merebak dengan begitu cepat sekali di mana 6, 600 ke telah dilaporkan di 33 negara dan membunuh 69 orang.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain