suria

Lagu terbaru Rihanna 'Silly Boy' selar Chris Brown

Rihanna
Rihanna
Rihanna

PENYANYI Rihanna mengkritik Chris Brown menerusi lagu terbarunya yang bertajuk `Silly Boy'.

Teman Rihanna, Kanye West telah `meletakkan' lagu demonstrasi `Silly Boy' di Internet. Liriknya berkisar kepada seorang perempuan yang enggan menerima semula kekasihnya yang tidak tahu menghargainya.

Antara lirik lagunya:"Saya berkata, saya tidak akan kembali. Anda memperbodohkan saya sekali tetapi ego anda tidak berubah.

"Amat tidak baik untuk anda. Apabila anda memiliki saya, anda tidak tahu melayannya dengan baik. Sekarang, dia telah meninggalkan anda.

"Kerana anda pernah mempunyai gadis yang baik. Anda sepatutnya menghargainya. Anda mempunyai gadis yang baik tetapi anda tidak tahu melayannya. Jadi budak bodoh tolong hilang daripada pandangan saya. Kenapa anda suka merasai kekecewaan?

Brown didakwa membelasah Rihanna selepas parti Grammy. Ekoran insiden tersebut, Rihanna cedera di bibir, hidung dan gigitan pada tangannya.

Artikel Berikut

Artikel Lain