suria

Pendapatan Paris Hilton hampir RM40 juta setahun!

Paris Hilton
Paris Hilton
Paris Hilton

SELEBRITI Paris Hilton dikhabarkan meraih pendapatan hampir RM40 juta setahun!

Laporan akhbar mendedahkan, selebriti itu membawa pulang RM78.7 juta pada 2006 dan 2007 hanya menerusi kerja-kerja promosi.

Sosialit itu juga mendedahkan dia tidak menyimpan diari dan sekadar membuat carian google terhadap namanya untuk mengetahui jadual kerjanya.

Contohnya, dia pernah pergi ke mana dan tempat yang sepatutnya dia pergi.

Pendedahan itu dibuat ekoran Paris berdepan dengan tuntutan mahkamah sebanyak RM28.9 juta berhubung dakwaan dia gagal mempromosikan filem DVD 'Pledge This!' keluaran 2006.

Menurut sebuah syarikat Kumpulan Hiburan Sedunia berpangkalan di Miami, kegagalan Hilton itu menyebabkan filem tersebut gagal meraih hasil pulangan yang memuaskan.

Bagaimanapun, peguambela Hilton menghujahkan selebriti itu adalah 'orang yang paling sibuk di planet', dan ini menjelaskan kenapa dia tidak mempunyai sebarang diari.

Artikel Lain