suria

Model remaja bukan anak luar nikah Berlusconi

Noemi Letizia menunjukkan portrait Silvio Berlusconi di rumahnya di Naples, Italy.
Noemi Letizia menunjukkan portrait Silvio Berlusconi di rumahnya di Naples, Italy.
Noemi Letizia menunjukkan portrait Silvio Berlusconi di rumahnya di Naples, Italy.

MODEL remaja pakaian dalam yang hampir menyebabkan Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi bercerai baru-baru ini memberitahu, pemimpin kontroversi itu ingin menjadikannya sebagai Yang Berhormat!

"Papi (Daddy) Silvio akan mengusahakannya," Noemi Letizia memberitahu kepada akhbar Itali, La Repubblica.

Isteri Berlusconi, Veronica Lario - seorang bekas pelakon wanita - mengadu secara terbuka bahawa suaminya hadir ke sambutan hari jadi Letizia ke-18.

Aduan tersebut dibuat sebelum Lario mengumumkan untuk bercerai dengan Berlusconi selepas 19 tahun berkahwin.

Bagaimanapun Letizia memberitahu: "Papi membesarkan saya. Dia selalu melayan saya dengan baik.

"Suatu ketika, dia menghadiahkan saya permata; kemudian, tali leher. Saya menyayanginya."

"Dia memanggil saya dan memberitahu dia mempunyai masa lapang dan saya pun menemuinya di Milan atau Rome. Saya menemaninya dan mendengar rintihan, keluhan dan isi hatinya.

"Itu yang diingininya. Kemudian kami menyanyi bersama-sama," ujarnya.

Perdana Menteri itu juga menceritakan lawak jenaka yang 'kotor' (lucah), akhbar melaporkan.

Ditanya sama ada dia bersedia untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang, jawabnya: "Tidak, saya lebih rela bertanding dalam dewan yang lebih rendah dalam Parlimen. Papi Silvio akan berikhtiar melakukannya."

Dia juga menafikan dakwaan dia adalah anak luar nikah Berlusconi.

Artikel Lain