suria

KFC kehabisan ayam gara-gara Oprah Winfrey?

Idea Oprah Winfrey memberi voucer ayam KFC mendapat sambutan di luar dugaan
Idea Oprah Winfrey memberi voucer ayam KFC mendapat sambutan di luar dugaan
Idea Oprah Winfrey memberi voucer ayam KFC mendapat sambutan di luar dugaan

HOS terkenal Oprah Winfrey tidak sangka ideanya memberi baucar percuma untuk makan Kentucky Fried Chicken (KFC) akan mendapat sambutan di luar jangkaan hinggakan semua cawangan KFC di Amerika rata-ratanya kehabisan bekalan ayam.

Tapi itulah yang terjadi apabila Oprah memberi baucar percuma yang boleh ditebus di mana-mana cawangan di serata Amerika.

Keadaan menjadi kecoh apabila ada pelanggan yang gagal menebus baucar marah dan mengamuk kerana cawangan tersebut kehabisan ayam sehingga menaikkan papan tanda "kami kehabisan ayam."

Baucar itu diberikan secara percuma untuk peminat-peminat Oprah Winfrey. Kejadian yang paling teruk berlaku di cawangan East 42nd Street, New York.

Cawangan tersebut menyaksikan beratus-ratus orang telah berbaris panjang setelah memuat turun baucar dari chat show Oprah Winfrey.

Setiap baucar melayakkan seseorang mendapat ayam panggang, pesanan sampingan dan biskut.

Malangnya, sambutan hangat dari peminat Oprah tidak seiring dengan bekalan dari KFC.

Ekonomi yang tidak stabil dan populariti Oprah serta idea menebus baucar KFC merupakan sesuatu yang cukup menarik.

Menurut seorang jurucakap KFC, 'Kami sudah bersedia tapi tak sangka pula sambutannya sebegini hebat.

"Keadaan begitu sesak hinggakan beratus-ratus orang berbaris tidak henti-henti. Dan setiap pelanggan diberi sehingga 19 Mei untuk menebus baucar tersebut," kata jurucakap itu.

Baucar-baucar itu boleh diperolehi selama 24 jam mulai pengumuman dibuat pada program Oprah.

Namun jurucakap kepada syarikat Harpo Productions di Chicago, berkata mereka tidak sedar akan masalah yang dihadapi tersebut.

Artikel Lain