suria

Eva Mendes dipilih promosi seluar dalam dan jean Calvin Klein lagi

Eva Mendes
Eva Mendes
Eva Mendes

AKTRES Hollywood, Eva Mendes sekali lagi bekerjasama dengan jenama fesyen terkenal, Calvin Klein untuk mempromosikan iklan komersial untuk seluar dalam dan seluar jean.

Pelakon berusia 35 tahun tersebut pernah menjadi model mempromosikan haruman jenama itu, tahun lalu. Penampilannya yang separuh bogel ketika itu dikecam oleh beberapa majikan stesen televisyen Amerika.

Malah beberapa stesen televisyen enggan menyiarkan bahagian filem yang memberahikan tersebut.

Sebelum ini, bintang filem "The Hitch" itu pernah menyifatkan pihak terbabit sebagai bersikap kolot dengan tindakan boikot tersebut.

Difahamkan sesi penggambaran iklan itu akan dilakukan oleh jurugambar tersohor, Steven Klein dan pelakon wanita itu akan mengikut jejak langkah model Jamie Dornan dan supermodel dari British, Kate Moss.

Iklan tersebut akan dipaparkan pada majalah fesyen dan papan iklan semasa musim luruh tahun ini.

Artikel Lain