suria

Takut dihendap, Leona Lewis tinggalkan rumah mewah

Lionel Lewis
Lionel Lewis
Lionel Lewis

KERANA takut dihendap peminat fanatiknya, Leona Lewis yang juga pemenang The X Factor melarikan diri daripada rumah mewahnya di Hollywood Hills.

Bintang berusia 24 tahun itu kini telah kembali ke London. Sebelum ini, dia menetap di rumahnya yang bernilai empat juta pound seorang diri selama enam hari.

Menurut laporan, dia memberitahu kawan-kawannya bahawa dia kurang selesa tinggal di rumah tersebut kerana kesunyian.

Bagaimanapun, dia tidak tahan dengan insiden berdepan dengan penghendap itu.

"Leona telah diekori oleh seorang yang tidak dikenali selepas membeli barang-barang keperluan," menurut laporan akhbar.

"Akibatnya, dia berasa tidak tenang dan berasa lega dapat balik ke rumah dengan selamat.

"Apabila dia memandang ke luar rumah dari tingkapnya, lelaki tersebut masih tercegat di situ malah memandangnya dengan tepat. Ia benar-benar menakutkan Leona," sumber itu menambah.

Leona akhirnya mengumpul barang-barangnya dan balik ke London untuk menemui ibu bapa dan kekasihnya, Lou.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain