suria

Kuku Jackman tersangkut di tangan Kitsch dalam Wolverine

PELAKON Aussie, Hugh Jackman mendedahkan, dia tidak sengaja mencakar tangan pelakon Taylor Kitsh, 28, dengan kuku Wolverine yang dipakainya.

Jackman, 40, berkata, ketika insiden tersebut, dia sedang melakonkan aksi pergaduhan dengan Gambit (lakonan Kitsh) dan mengakui dia terlebih agresif dalam adegan tersebut.

"Kami sedang bergaduh dan dia memukul saya. Justeru, saya menghalangnya dengan menggunakan kuku panjang saya. Terus dia mengundurkan diri dengan segera," laporan akhbar memetik dia sebagai berkata.

"Saya sedang memandang ke arahnya kerana kru dan pengarah belum lagi memberhentikan sesi penggambaran.

"Apabila saya terlihat saja kuku saya, baru saya perasan hanya dua kuku saja yang keluar, dan saya berfikir,`Di mana kuku saya yang ketiga?'

"Saya melihat kuku tersebut terlekat di tangan Kitsh," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain