suria

Foto separuh bogel bekas Miss USA mula tersebar

Carrie Prejean
Carrie Prejean
Carrie Prejean

SATU demi satu kontroversi menyelubungi Miss California, Carrie Prejean. Selepas dilucutkan gelaran Miss USA rentetan pandangannya yang menentang perkahwinan homoseksual, jelitawan itu kini dikaitkan dengan foto separuh bogel pula.

Satu foto menunjukkan Prejean, 21, mendedahkan dadanya disebarkan di Internet secara meluas.

Prejean mendakwa foto tersebut diambil ketika dia masih remaja dan ia adalah simpanan peribadinya semata-mata.

"Saya beragama Kristian dan seorang model. Sudah biasa model mengambil foto termasuk dengan pakaian dalam dan renang," menurut satu laporan akhbar.

Tetapi pegawai-pegawai ratu cantik Amerika Syarikat (AS) bimbang status Prejean sebagai Miss California mungkin terjejas.

Jurucakap menerangkan satu klausa dalam kontrak Miss California AS yang menyebut penyandang gelaran tersebut dilarang bergambar dalam keadaan separuh bogel atau bogel sepenuhnya.

Prejean menghadapi kemungkinan gelaran itu dilucutkan dan keputusan dijangka diketahui tidak lama lagi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain