suria

Doktor nasihat Jacko tambah berat badan

Michael Jackson
Michael Jackson
Michael Jackson

DOKTOR menasihatkan bintang handalan Michael Jackson agar menambahkan berat badan sebelum memulakan siri 50 konsert 'live' bermula 8 Julai ini.

Jackson, 50, yang menjalani rawatan antibiotik untuk jangkitan kulit, masih mengalami sakit belakang dan sekarang memakai topeng untuk mengelakkan terjangkit virus, menurut laporan media barat.

Penganjur konsert menegaskan keadaan Jackson adalah "sangat cergas" dan sudah bersedia untuk memberikan persembahan bertenaga.

Bagaimanapun, secara peribadi, mereka berasa was-was penyanyi tersohor itu dapat bertahan menjalani latihan tarian.

"Mereka bimbang Michael terlalu lemah. Dia telah diarahkan untuk lebih banyak makan tetapi dia enggan. Dia makan seperti burung," kata sumber.

Jackson tidak membuat persembahan sejak dia hanya mampu menyanyi dua baris 'we are the world' semasa memberikan persembahan pada Anugerah Muzik Sedunia 2006.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain