suria

Pakaian buruk Madonna mendapat perhatian

Pakaian buruk sudah sinonim dengan Madonna
Pakaian buruk sudah sinonim dengan Madonna
Pakaian buruk sudah sinonim dengan Madonna

DIVA Madonna yang selalu dilanda kontroversi membuat penampilan istimewa dengan berpakaian paling buruk ketika hadir di Metropolitan Museum Costume Institute Gala baru-baru ini.

Ramai yang tidak sangka Madonna sanggup berpakaian seteruk itu kerana rata-rata mereka yang hadir adalah ikon dalam industri fesyen, muzik dan filem.

Pakaian Madonna yang 'entah apa-apa' dan tidak mengikut tema, berbentuk seperti mini-puffball, kasut but hitam yang tinggi dan sebuah riben buruk diikat di kepalanya.

Penampilannya seperti seorang wanita yang menghadapi masalah tekanan perasaan dan mengundang ramai tetamu yang tertanya-tanya kenapa dia berpakaian sedemikian.

Lebih memeranjatkan apabila Madonna dengan bangganya membuat 'catwalk' di karpet merah ditemani 'toyboy'nya Jesus Luz yang kelihatan sungguh kacak.

Penampilan khas Madonna seolah-olah mengalih perhatian media barat terhadap isu pengambilan anak angkatnya bernama Mercy James, 3 tahun dari Malawi, yang kini sedang dibicarakan.

Artikel Lain