Moss posing separuh bogel hilangkan stress putus cinta - Hiburan | mStar

Moss posing separuh bogel hilangkan stress putus cinta

Kate Moss ada cara tersendiri menangani stress
Kate Moss ada cara tersendiri menangani stress

SUPERMODEL Kate Moss ada cara tersendiri mengubat hatinya yang patah setelah cintanya kecundang dengan gitari The Kill, Jamie Hince.

Moss telah menerima undangan percutian keluarga bersama sahabat karibnya Sir Philip Green sekeluarga ke Monaco.

Moss bukan saja menikmati percutian yang jauh dari hiruk piruk kesibukan kotaraya, malah dia kelihatan begitu santai beraksi separuh bogel di atas kapal mewah bersama-sama isteri jutawan Sir Philipen, Christina.

Foto separuh bodel Moss dan Christina yang sedang menghisap rokok, minum dan berseronok bagaikan merungkai segala permasalahannya selama ini.

Model berusia 35 tahun itu selalu dibandingkan dengan model Twiggy, yang kurus melidi itu. Tapi kini, dia dilaporkan agak berisi. Tambahan pula dia sendiri membuat pengakuan tanpa segan silu yang dia sudah mula menggunakan bra kerana buah dadanya agak ketara sekarang.

Ibu kepada seorang anak itu begitu ligat bekerja untuk brand 'Topshop' di Amerika.

Mungkin disebabkan itu juga, tuan punya jenama 'Topshop' iaitu Sir Philip amat menghargai segala jasa baik Moss.

Walau bagaimanapun, Moss bagai tidak dapat melupakan cintanya kepada Hince apabila rocker itu mula menjalinkan hubungan dengan seorang pengurus media ketika membuat promosi tour di Australia.

Perpisahan Hince dan Moss mula terjadi setelah mereka kembali bercuti dari Maldives. Moss terus membawa diri ke Amerika setelah merajuk dengan Hince.

Katanya, Moss sudah tawar hati untuk membawa Hince bersamanya ke New York Metropolitan Museum of Art's Costume Institute Gala.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain