suria

Koleksi filem telanjang Hugh Jackman

Hugh Jackman
Hugh Jackman
Hugh Jackman

PELAKON Hollywood, Hugh Jackman baru-baru ini menerima sejumlah potongan filem bogel yang dirakam dalam filem barunya, X-Men Origins arahan Gavin Hood.

Bintang dari Australia itu sebelum ini, perlu banyak membuat sesi penggambaran lagak negeri pada sekuel X-Men dalam keadaan bogel.

Selepas banyak adegan memberahikan `disembunyikan' daripada penyuntingan terakhir, Hood menyerahkan Jackman potongan filem berstatus X untuk tatapan peribadi.

"Pengarah kita memberikan satu beg yang mempunyai lapan potongan filem. Kesemuanya dipotong (daripada filem tersebut). Saya berkata, `Itu adalah menarik,' kemudian saya melihatnya di bawah cahaya dan berkata, `Okey, saya tahu apa yang kandungan beg ini!" Contactmusic memetik Hugh sebagai berkata.

"Sekarang ia berada dalam peti simpanan saya yang selamat di suatu tempat yang dirahsiakan. Barang-barang persendirian disimpan dalam beg," tambah Hugh.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain