suria

Pink menyesal buat konsert bertemakan 'sarkas'

Pink beraksi di Manchester Evening News Arena, Manchester, England, April 25 lalu.
Pink beraksi di Manchester Evening News Arena, Manchester, England, April 25 lalu.
Pink beraksi di Manchester Evening News Arena, Manchester, England, April 25 lalu.

BINTANG pop Pink akui cukup menyesal mengadakan persembahan bertemakan sarkas sempena dengan siri konsertnya kerana dia telah dibandingkan dengan persembahan Britney Spears.

Penyanyi lagu So What yang akan mengadakan siri konsert Funhouse di Amerika pada musim panas ini telah dikritik oleh banyak pihak yang mendakwa dia meniru konsep persembahan siri konsert Spears yang juga bertemakan 'sarkas'.

Kedua-dua penyanyi itu menggunakan tajuk album terbaru mereka sebagai judul konsert masing-masing yang menampilkan akrobatik dan aksi-aksi 'liar'.

Namun, Pink yang memasarkan albumnya tahun lalu beberapa minggu sebelum Spears keluar dengan album terbarunya berkata, dia sebenarnya tidak menyedari 'trend' tersebut.

"Jika saya tahu hal ini, saya akan buat stail persembahan yang lain," kata Pink.

Artikel Lain