suria

Nicole Scherzinger keluar Pussycat Dolls?

Scherzinger (tengah) memberikan persembahan menarik bersama Pussycats di Belgrade baru-baru ini.
Scherzinger (tengah) memberikan persembahan menarik bersama Pussycats di Belgrade baru-baru ini.
Scherzinger (tengah) memberikan persembahan menarik bersama Pussycats di Belgrade baru-baru ini.

NICOLE Scherzinger dikhabarkan akan keluar daripada kumpulannya, Pussycat Dolls untuk memberi tumpuan terhadap karier solonya.

Menurut khabar angin yang semakin bertiup kencang itu, Scherzinger yang sememangnya adalah seorang yang bercita-cita tinggi merancang untuk meninggalkan kumpulan tersebut setelah tamat siri konsert mereka nanti.

Penyanyi itu bagaimanapun dikatakan telah pun keluar daripada kumpulan tersebut, namun akan membuat pengumuman tentang hal itu sebaik mereka selesai mengadakan siri konsert bersama.

Perancangan Scherzinger yang ingin bergerak solo mula diperkata ramai setelah kumpulan itu menyanyikan semula lagu Jai Ho yang diterbitkan di bawah nama kumpulan Pussycat Dolls tetapi dengan penampilan khas Scherzinger.

Namun syarikat rakaman mereka, Interscope enggan mengulas tentang perkara itu.

Scherzinger berpacaran dengan juara dunia British Formula One, Lewis Hamilton.

Artikel Lain