suria

Mischa Barton kembali beraksi di TV

Mischa Barton
Mischa Barton
Mischa Barton

BEKAS bintang siri O.C, Mischa Barton dikhabarkan akan kembali muncul di kaca televisyen. Dia dijangka akan muncul di dalam sebuah program berkonsepkan fesyen bersama aktor Ashton Kutcher.

Pelakon berusia 23 tahun ini telah mengucapkan 'selamat tinggal' terhadap bidang drama pada tahun 2006 untuk meneruskan karier di layar perak.

Tetapi sekarang, Barton kembali beraksi di kaca televisyen menerusi siri 'A Beautiful Life'.

Di dalam siri Barton membawakan peranan sebagai model di New York, yang mana siri itu turut menampilkan kemunculan istimewa supermodel Elle Macpherson.

"Ia adalah sebuah program yang menarik. Ia sama seperti O.C, tetapi 10 kali lebih menarik. Semua pelakon bergaya dengan pakaian Versace dan McQueen. Zac Posen turut ada 'fashion show' di dalam episod pertama," kata Barton.

"Ini adalah versi 'muda' Sex and the City. Saya bawakan watak model yang cukup 'bitchy'. Jika episod awal nanti mendapat sambutan, saya pasti akan habiskan masa yang lebih panjang di New York," katanya.

Artikel Lain