suria

Michelle Williams akan berkahwin

Michelle Williams dilamun cinta dengan pengarahnya.
Michelle Williams dilamun cinta dengan pengarahnya.
Michelle Williams dilamun cinta dengan pengarahnya.

MICHELLE Williams, bekas kekasih kepada mendiang aktor Heath Ledger, dikatakan akan berkahwin dengan pengarah, Spike Jonze.

"Mereka amat mencintai antara satu sama lain," kata satu sumber.

"Mereka tidak nampak mengapa perlu menunggu lebih lama lagi," tambah sumber tersebut.

Jonze, bekas suami kepada Soffia Coppola itu dikatakan turut disenangi oleh anak perempuan Williams, Matilda.

"Spike cukup gembira berada di samping Matilda. Dia mengajar Matilda bermain skateboard dan menunggang basikal," kata sumber tersebut.

"Spike tidak pernah membuatkan Michelle terasa Matilda akan membebankannya kerana lelaki itu sentiasa menganggap mereka adalah sebuah keluarga," kata sumber itu lagi.

Artikel Lain