suria

Lopez tuduh Aniston curi ideanya

J.Lo begitu marah bila diberitahu yang Aniston mencuri idea dari plot filem terbarunya
J.Lo begitu marah bila diberitahu yang Aniston mencuri idea dari plot filem terbarunya
J.Lo begitu marah bila diberitahu yang Aniston mencuri idea dari plot filem terbarunya

PENYANYI dan aktres terkenal Jennifer Lopez menuduh bintang 'Friends' Jennifer Aniston mencuri plot filem terbarunya, 'Plan B'.

'Plan B' , yang juga merupakan filem comebacknya, mengisahkan tentangs eorang wanita yang ingin mengandung.

Lopez begitu marah bila mendapat tahu yang Aniston telah mencuri idea asalnya untuk sebuah filem bertajuk "The Baster" di mana jalan ceritanya hampir sama.

Satu permusuhan yang tidak dijangka sedang berlaku antara kedua aktres ini. Dan Lopez takut filem yang dibintangi Aniston akan lebih popular dari filemnya.

"Perkara terakhir yang J-Lo (Lopez) cukup takuti ialah Aniston membayangi kariernya. Banyak perkara buruk telah berlaku sebelum ini antara kedua mereka dari tuduhan yang bukan-bukan hinggalah ke J-Lo mecuri idea Aniston," kata satu sumber.

Artikel Lain