suria

Rambut Britney Spears hampir `tercabut'

Britney Spears
Britney Spears
Britney Spears

BINTANG popular, Britney Spears yang sedang dalam lawatan persembahan ke seantero dunia - `Circus', hakikatnya bekerja keras membawakan rutin tariannya.

Ini kerana, tariannya yang penuh bertenaga dalam setiap persembahan menyebabkan dia pening dan meloyakan.

Dalam satu pertunjukan di Amerika Utara, seorang penari hampir merentap rambut Spear apabila cuba menjulangnya ke atas.

"Koreografi adalah tidak masuk akal. Ia begitu cepat dan ini memberi kesan terhadap Britney. Terdapat satu juga babak (semasa lagu `Touch of My Hand') lasak - dua lelaki kelihatan tergantung di siling sambil mengangkatnya atas-bawah," katanya sambil berkata, ia benar-benar membebankannya," menurut satu sumber,

"Dia (Spears) `digantung' untuk hampir lima minit dalam malam-malam tertentu. Darah mengalir ke kepalanya dan dia mendakwa loya dan pening-pening.

"Beberapa kali, dia berlari turun dari pentas dan muntah," tambah sumber itu.

Artikel Sebelum

Artikel Lain