suria

Jackie Chan pertahankan komen 'kontroversi'

Jackie Chan menegaskan bahawa komen kontroversi itu sebenarnya telah disalah ertikan oleh banyak pihak

SETELAH mencetuskan kontroversi gara-gara komennya tentang demokrasi di China, Jackie Chan menegaskan bahawa komen tersebut sebenarnya telah disalahertikan.

Pelakon berusia 55 tahun itu telah mengeluarkan komen kontroversi itu di sebuah forum bisnes di Hainan, China.

"Saya tidak pasti sama ada baik atau tidak mempunyai kebebasan. Saya mula merasakan bahawa rakyat China juga perlu dikawal.

"Jika kita tidak dikawal, kita akan melakukan apa yang kita rasa mahu lakukan," kata Jackie pada forum tersebut.

Selepas mengeluarkan kenyataan seperti itu, Jackie dikecam teruk oleh kumpulan-kumpulan pro-demokrasi di China dan negara-negara lain.

Namun, jurucakap Jackie menegaskan komen tersebut sebenarnya merujuk kepada kebebasan di dalam industri hiburan dan bukannya masyarakat China secara keseluruhannya.

"Ada pihak dengan motif tersembunyi cuba memesongkan komen yang dikeluarkan oleh Jackie itu," kata Ketua Eksekutif JC Group, Solon So.

Artikel Sebelum

Artikel Lain