suria

Rihanna dan Chris kembali bersama

Rihanna dikatakan kembali ke pangkuan bekas teman lelakinya, Chris Brown
Rihanna dikatakan kembali ke pangkuan bekas teman lelakinya, Chris Brown
Rihanna dikatakan kembali ke pangkuan bekas teman lelakinya, Chris Brown

PENYANYI popular Rihanna dilaporkan telah kembali ke pangkuan bekas teman lelakinya, Chris Brown dan pasangan itu dikatakan akan bertemu secara terbuka di Hollywood.

Difahamkan, mereka merancang untuk meraikannya di majlis penghargaan untuk komposer Andre Merritt yang pernah menyumbangkan lagu kepada pasangan ini.

"Malangnya, Rihanna masih mahukan Chris dan memberitahu kepada kami "jangan campuri urusan saya. Saya bersamanya (Chris), jadi terimalah hakikat itu.

"Dia ada memberitahu kami bahawa dia tidak akan mendedahkan hubungannya di khalayak buat sementara waktu," kata seorang teman rapat Rihanna.

Ini merupakan kali pertama pasangan ini akan dilihat bersama setelah insiden pergaduhan mereka tidak lama dulu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain