suria

Shahid larang Priyanka ambil minuman keras

Priyanka Chopra membuat persembahan semasa pertandingan ratu cantik India 2009 di Mumbai pada April 5 lalu.

UMUM mengetahui Priyanka Chopra dimasukkan ke wad hospital ekoran jangkitan di perut.

Barangkali ramai tidak mengetahui pelakon jelita itu turut ditegah minum alkohol selepas dibenarkan keluar dari hospital.

Sumber mendakwa, teman lelakinya, Shahid juga telah mengenakan larangan `No Drinks' terhadapnya.

Tambahnya, "Walaupun Priyanka bukan ketagih alkohol, dia gemar minum sekali-sekala dengan kawan rapatnya.

"Shahid mengamalkan diet vegetarian dan juga seorang yang langsung tidak mengambil minuman beralkohol. Oleh itu, sudah tentu dia ingin teman wanitanya turut berbuat demikian," katanya.

Menurut sumber itu lagi, Shahid bimbang pengambilan alkohol akan memudaratkan jangkitan perut yang dialami Priyanka.

Katanya, "Bukan sahaja alkohol, Shahid juga ingin Priyanka berehat dan memperlahankan rentak kerjanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain