suria

Kareena tangguh penggambaran demi ibu

KAREENA Kapoor (kanan) dan teman lelakinya, Saif Ali Khan.
KAREENA Kapoor (kanan) dan teman lelakinya, Saif Ali Khan.
KAREENA Kapoor (kanan) dan teman lelakinya, Saif Ali Khan.

KAREENA Kapoor sepatutnya berlepas ke New York dengan teman lelakinya, Saif Ali Khan yang juga aktor pada Isnin lalu.

Namun, hasrat selebriti Bollywood itu ditangguhkan bagi membolehkannya menyambut hari jadi ibunya bersama dengan saudara mara.

Pasangan itu dijadualkan membuat penggambaran filem Rensil D'Silva di New York. Sesi penggambaran filem itu ditangguhkan sehari.

Parti sambutan hari jadi itu akan diadakan di rumah baru milik Kareena di Bandra.

Menurut Kareena, ayahnya dan Saif akan turut menghadirinya.

Sambil enggan mendedahkan apa-apa lagi, Kareena berkata: "Ibu adalah segala-galanya untuk saya. Saya akan buat apa-apa saja untuknya. Menangguhkan sesi penggambaran saya dan perjalanan Saif ke New York bukanlah apa sangat.

"Apa yang berikan kepada ibu adalah masa dan kasih sayang saya. Itu yang ibu hendakkan."

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain