suria

Victoria sambut hari jadi ke-35 dengan anak-anak

David telah menghadiahkan sebuah beg Hermes ketika bersama-sama menyambut pra-hari lahir Victoria di Milan, minggu lalu

BEKAS anggota Spice Girls, Victoria Beckham telah meraikan hari lahirnya yang ke-35 bersama tiga orang anaknya.

Ketika suaminya, David Backham berada di Milan, Victoria telah membawa tiga orang anaknya, Brooklyn, 10, Romeo, 6, dan Cruz, 4, termasuklah ibubapanya makan malam di sebuah restoran Hollywood.

Victoria menerima beberapa CD dan DVD daripada anak-anaknya manakala David pula telah menghadiahkan sebuah beg Hermes ketika bersama-sama menyambut pra-hari lahir Victoria di Milan, minggu lalu.

Ikon fesyen itu juga telah meraikan hari lahirnya lebih awal dengan rakan-rakan selebriti seperti Eva Longoria, Katie Holmes, Jennifer Lopez, Nicole Richie dan Kate Beckinsale di sebuah restoran di Los Angeles.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain