suria

Keira terpana dengan lelaki yang mudah menangis

Keira akui akan cair dan teruja melihat lelaki jenis sensitif yang mudah mengalirkan airmata
Keira akui akan cair dan teruja melihat lelaki jenis sensitif yang mudah mengalirkan airmata
Keira akui akan cair dan teruja melihat lelaki jenis sensitif yang mudah mengalirkan airmata

SIAPA sangka aktres Hollywood Keira Knightly mudah terpana dengan lelaki yang mudah menangis?

Entah kenapa, hati pelakon popular berusia 24 tahun itu akan cair dan teruja melihat lelaki jenis sensitif yang mudah mengalirkan airmata mengekspresikan diri mereka.

"Di layar perak, jarang betul kita lihat lelaki yang gagah dan besar menangis. Hanya budak-budak lelaki yang berbadan kecil saja yang mengeluarkan airmata.

"Saya telah bekerja dengan ramai di antara mereka. Saya dapati hanya lelaki yang bertubuh kecil saja yang agak sensitif," jelas Knightly.

Bagi Knightly, yang paling menarik tentang seseorang lelaki ialah bila mereka menangis.

"Ini bermakna mereka begitu arif akan perasaan hati mereka sendiri," kata aktres jelita ini.

Knightly, yang juga sedang menjalin hubungan intim dengan pelakon 'Pride and Prejudice' Rupert Friend, pernah berkata dia tidak akan menjalinkan sebarang hubungan dengan aktor yang berlakon dengannya kerana mereka tidak dapat menerimannya sebagai kekasih.

"Sebenarnya agak sukar untuk saya menjalin hubungan dengan aktor yang berlakon dengan saya. Akhirnya kami hanya akan menjalin hubungan sebagai abang dan adik sahaja," kata Knightly.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain