suria

TV9 raikan ulangtahun ke-3!

Bukhari Che Muda (dua dari kiri) dan Farid Ridzuan (empat dari kiri) bersama-sama memotong kek harijadi TV9 yang ke-3.
Bukhari Che Muda (dua dari kiri) dan Farid Ridzuan (empat dari kiri) bersama-sama memotong kek harijadi TV9 yang ke-3.
Bukhari Che Muda (dua dari kiri) dan Farid Ridzuan (empat dari kiri) bersama-sama memotong kek harijadi TV9 yang ke-3.

STESEN televisyen Media Prima Berhad, TV9 meraikan hari jadinya yang ke-3, Splish Splash TV9 dengan percikan air, sinaran mentari dan pelbagai aktiviti menarik di Sunway Lagoon, semalam.

Seawal 8 pagi, siaran langsung rancangan bual bicara Nasi Lemak Kopi O (Siaran Langsung) bermula. Rancangan celoteh tersebut menampilkan Azean, Syarifah Nur dan Farrah Adeeba sebagai pengacaranya.

Pelbagai aktiviti menarik dan santai lain bermula seawal 9 pagi adalah seperti lukisan pada muka dan badan, badut, kemunculan , sesi `manjakan' haiwan dan Upin & Ipin.

Sesuai dengan tema Splish Splash TV9, selebriti, pekerja stesen tersebut dan orang ramai tarik tali dalam air serta perlawanan bola sepak dan bola tampar di pantai!

Kehangatan sambutan hari jadi diteruskan. Tepat 10 pagi, Mr. Os, Shamsul Ghau Ghau dan Din Beramboi berbicara secara santai dan penuh ceria dalam rancangan Apa Ke Halnya yang disiarkan secara langsung.

Ketua Pegawai Eksekutif TV3, Datuk Seri Farid Ridzuan dalam satu aksi gimiknya, memandu sebuah kenderaan pacuan empat roda ke lokasi interbiu.

Acara kemuncaknya, tidak lain dan tidak bukan, ialah acara memotong kek antara TV9, dan beberapa agensi. Sesi cabutan bertuah turut diadakan.

Bagi memeriahkan suasana, sambutan gilang-gemilang ini turut menjemput pelakon dan penyanyi Nabila Huda, Mustapha Kamal dan Susan Manen.

Ketua Pegawai Eksekutif TV9, Bukhari Che Muda berkata, bersempena dengan sambutan ulangtahun ketiga ini, TV9 memperkenalkan tagline baru iaitu `Tiga Tahun Di Hatiku'.

Jelasnya, ini bagi menggambarkan TV9 telah berjaya bertapak di hati peminat setia dan pada masa yang sama, berterima kasih kepada sokongan mereka.

"Sokongan peminat setia TV9 telah membolehkannya menjadi stesen kedua kegemaran orang Melayu. TV9 akan terus tampil dengan wajah segar.

"TV9 akan berusaha memuaskan hati semua penonton setianya menerusi pelbagai rancangan terbitan sendiri, rancangan tempatan dan luar negara," katanya pada sidang akhbar, semalam.

Hadir sama dalam sidang akhbar ialah Farid Ridzuan dan Ketua, Pengurusan Jenama Kumpulan dan Komunikasi Korporat TV9, Noor Amy Salleh.

Bukhari memberitahu, TV9 menyasarkan kepada tiga kategori penonton utama untuk memastikan TV9 lebih fokus dalam penghasilan rancangan-rancangan baru tersebut.

"Tiga kategori tersebut ialah kanak-kanak berusia di antara 4 hingga 14 tahun, remaja dan belia dalam lingkungan 15 hingga 24 tahun dan pasangan keluarga muda berusia antara 25 hingga 34 tahun," ujarnya.

Bagi meraikan ulangtahun ketiga TV9, sebuah konsert istimewa iaitu `Konsert TV9 Di Hatiku' bakal bersiaran secara langsung dari Lumut, Perak pada 25 April ini.

Antara artis-artis jemputan ialah Hujan, Haqiem, Wada (Pemenang Idola Kecil) dan Fabulous Cat.

Rancangan baru yang disediakan termasuk Studio Nabil, Chopp, Kes Syariah, Galaksi, Semanis Kurma, Ole-Ole Chef Zam dan Fimie, Busana, Hip TV dan 24/7 Forensik.

Bagi adik-adik pula, kartun animasi Perman, Monster Kids, Siapa Pintar, Pondok-Pondok dan Upin Ipin Marathon disajikan. Kanak-kanak pra sekolah pastinya menggemari Barney & Friends dan Hartamania.

Drama Melayu tempatan terdiri daripada Ceplos, Merah Puteh dan Zati & The Beast sementara program realiti mengetengahkan Oo La La, Jaguh, Gadis Melayu dan Idola Kecil.

Peraduan Tonton & Menang Skrin diadakan pada setiap penghujung tele-movie (skrin Selasa/ Jumaat/ Sabtu/ Ahad) bagi menghargai sokongan penonton setia TV9.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain