suria

SRK habiskan Dulha Mil Gaya Mei ini

Shah Rukh Khan bakal bergambar dengan Sushmita Sen, Mei ini.
Shah Rukh Khan bakal bergambar dengan Sushmita Sen, Mei ini.
Shah Rukh Khan bakal bergambar dengan Sushmita Sen, Mei ini.

SELEBRITI Bollywood, Shah Rukh Khan difahamkan telah memberikan beberapa tarikh kepada pengarah filem Dulha Mil Gaya, Iveck Vasmani untuk menghabiskan penggambaran filem itu.

Peringkat akhir penggambaran itu melibatkan perfileman sebuah lagu.

Filem itu telah habis sesi penggambaran melainkan untuk babak lagu tersebut. Justeru, para pekerja filem menantikan kehadiran Shah Rukh untuk melengkapkan penggambaran tersebut 100 peratus.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, "Terdapat hanya satu lagu - qawalli, yang memerlukan penggambaran Shah Rukh Khan dan Sushmita Sen. Oleh kerana Shah Rukh telah memberikan tarikh, babak lagu itu akan dirakam pada Mei".

Viveck berharap penggambaran filem itu dapat diselesaikan secepat mungkin.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain