suria

Slumdog bantu kanak-kanak miskin di India

Pengarah Slumdog Millionaire, Danny Boyle (kanan) dan pelakon filem itu, Anil Kapoor memegang piala Oscar di Anugerah Akademi ke-81, Hollywood.

PEMBUAT filem Slumdog menderma USD744,00 kepada kanak-kanak miskin di India untuk digunakan bagi menyediakan penjagaan kesihatan dan pendidikan kepada mereka.

"Slumdog Millionaire ialah filem yang merupakan contoh sifat-sifat positif kanak-kanak. Kejayaan filem tersebut adalah sumber inspirasi kepada pelbagai pihak untuk meningkatkan taraf hidup kepada kanak-kanak di Mumbai," kata pelakon Anil Kaapor dalam kenyataannya.

Bantuan kewangan akan disalurkan kepada organisasi pembangunan kanak-kanak antarabangsa, plan yang memfokus kepada bidang pendidikan, kesihatan, air dan sanitasi selain perlindungan untuk kanak-kanak yang menetap di kawasan yang sesak dan kotor di Mumbai.

Pengarah filem itu, Danny Boyle berkata, inisiatif tersebut merupakan kaedah untuk memulangkan jasa dan bakti kepada masyarakat di bandar tersebut.

Selain USD$ 744,000, satu tabung amanah yang dikenali sebagai Jai Ho Trust diwujudkan untuk memastikan pelakon remaja filem itu, Rubina Ali dan Azharuddin Mohammed Ismail mendapat pendidikan berkualiti dan rumah yang selesa untuk didiami.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain