suria

Que suka lihat bentuk badan Linda ketika hamil

Linda dan Que bakal menimang cahaya mata hujung tahun ini.
Linda dan Que bakal menimang cahaya mata hujung tahun ini.
Linda dan Que bakal menimang cahaya mata hujung tahun ini.

KEKEBALAN yang dimiliki oleh aktor Que Haidar mampu merealisasikan cita-citanya untuk bergelar seorang jurulatih lakonan.

Seawal kemunculannya dalam industri seni sejak tahun 2003, bakat Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar mula dihidu sehingga dia telah diiktiraf sebagai Pelakon Harapan Lelaki dalam Festival Filem Malaysia ke-19 pada tahun 2006.

Que menerima anugerah tersebut atas keberkesanan lakonannya sebagai ketua sindiket dadah bernama Sepet dalam filem Castello.

Selang dua tahun selepas itu, Que diiktiraf pula sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama dalam Anugerah Skrin 2008.

Kehebatan lakonannya dalam drama Tuhan Pun Tahu tidak perlu disangkalkan lagi untuk memenangi anugerah tersebut.

Sabtu lalu, nama Que diumumkan memenangi anugerah Pelakon Filem Lelaki Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008.

Que sudah berlakon lebih dari 15 buah filem seperti Bilut, Castello, Syaitan, Cinta, Badai Pasti Berlalu (Indonesia) KL Menjerit 1, Zombi Kampung Pisang dan Maut.

Jadi, tidak mustahil jika kekebalan yang dimilikinya itu mampu merealisasikan cita-citanya itu sekaligus membawanya ke satu tahap yang lebih tinggi daripada sebelum ini.

Namun begitu, Que berkata dia belum bersedia untuk berada di kerusi pengarah.

“Saya mempunyai impian untuk memasuki bidang pengarahan tetapi bukan sekarang.

“Saya ada terfikir juga tetapi banyak lagi perkara yang saya perlu belajar.

“Jadi, apa yang saya fikirkan sekarang, saya teringin hendak mengendalikan kelas lakonan dan bergelar seorang ‘acting coach’ seperti Cikgu Fatimah Abu Bakar.

“Saya rasa saya boleh melakukan kerja itu. Saya belajar dari pengalaman berlakon yang dikumpul sejak 12 tahun lalu,” kata Que yang akui mula menceburi dunia lakonan sejak tahun 1997 menerusi teater 'A Midsummer Night’s Dream'.

Suka lihat perubahan badan isteri

Diam tak diam, kini sudah masuk dua bulan Que mendirikan rumah tangga dengan koreografer Linda Jasmine.

Que dan Linda juga bakal menimang cahaya mata dalam hujung tahun ini selepas Linda disahkan hamil hampir dua bulan.

“Selepas berkahwin, saya berasa gembira, tenang, kehidupan lebih teratur dan perasaan berbunga-bunga.

“Saya pastikan sebaik mungkin, hari demi hari untuk curahkan kasih sayang kepada Linda dan Qalif (anak pertama Linda dengan bekas suaminya).

“Kadangkala, Linda rasa bersalah kerana saya perlu menjaganya siang dan malam tetapi saya rasa menarik pula semasa menjaganya seperti semasa waktu makan.

“Saya juga gemar melihat perubahan bentuk badan Linda yang menarik selepas dia hamil,” ulas Que yang turut menolak tawaran berlakon disebabkan mahu menghabiskan lebih banyak masa bersama isterinya.

Menurut Que, dia lebih suka menerima tawaran berlakon yang memilih lokasi pengambaran dalam Kuala Lumpur.

Selain itu, dia sedang menunggu filem lakonannya ditayangkan di pawagam dalam tahun ini iaitu Setem, Papadom, Duhai Si Pari-pari, Skrip 7707 dan My Spy.

Kata Que, dia juga bakal memasuki pengambaran filem ‘Romance’ pada hujung bulan ini.

Que juga berkata dia belum mendengar cerita tentang filem Merempuh Karma yang sepatutnya memulakan pengambarannya pada Mac lalu.

Filem tersebut diterbitkan oleh Secondlife Picture Sdn. Bhd. yang telah menerbitkan filem Gentayangan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain