suria

Mamma Mia akan ada susulan?

Penyanyi pop untuk Abba, Bjorn Ulvaeus (kiri) dan Benny Andersson dari Sweden.
Penyanyi pop untuk Abba, Bjorn Ulvaeus (kiri) dan Benny Andersson dari Sweden.
Penyanyi pop untuk Abba, Bjorn Ulvaeus (kiri) dan Benny Andersson dari Sweden.

BJORN Ulvaeus yang merupakan penggubah bersama lagu-lagu Abba untuk Mamma Mia! terlibat dalam pertikaian hangat dengan para penerbit produksi muzikal itu sama ada susulannya patut diterbitkan.

Pemuzik dari Sweden itu memberitahu, dia tidak bersetuju dengan idea menerbitkan susulan untuk produksi muzikal itu.

"Ia tidak akan berlaku. Saya rasa kami tidak akan membuat susulan (untuk Mamma Mia!). Kami sebenarnya telah membuat projek lain sekarang," the Telegraph memetik ulvaeus sebagai berkata.

Ulvaeus, 63, berpendapat, susulan yang dibuat `tidak kena pada masa dan tempatnya'.

Seorang kawannya berkata penggubah muzik itu berpendapat, susulan filem hanya dibuat untuk menambah jumlah keuntungan sebanyak 434 juta paun di seluruh dunia - tanpa sebarang nilai artistik.

"Dia memberitahu, semua lagu popular telah pun digunakan dalam Mamma Mia! dan dia tidak berminat dalam projek-projek lain," kata kawannya.

Bagaimanapun, eksekutif di studio Hollywood, Universal mendambakan kemunculan susulan filem itu.

Judy Craymer, salah seorang produser filem Mamma Mia!, berkata dia tekad merayu Ulvaeus dan penggubah lagu Abba, Benny Andersson untuk akur dengan pembikinan susulan filem itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Aamir cuti, isteri kerja

Artikel Lain