suria

Kareena berentap dengan Chitrangada untuk watak dalam 'Dhruv'

Chitrangada, pesaing Kareena Kapoor sekarang.
Chitrangada, pesaing Kareena Kapoor sekarang.
Chitrangada, pesaing Kareena Kapoor sekarang.

AKTRES Kareena Kapoor terpaksa berhadapan dengan wajah baru yang seksi, Chitrangada untuk penampilan filem terbaru, 'Dhruv'.

Ini kerana pengarah Sudhir Mishra sudah terpikat dengan kejelitaan dan bakat yang dimiliki Chitrangada.

Sudhir belum lagi membuat keputusan watak apa hendak diberikan kepada kedua-dua aktres yang akan digandingkan dengan hero filem ini, Farhan Akhtar.

Malah, Sudhir seperti payah untuk membuat keputusan kerana kedua-dua Kareena mahupun Chitrangada, ada penampilan tersendiri dan mempunyai kehebatan lakonan yang mengagumkan.

"Kedua-dua mereka sungguh jelita dan mempesonakan tapi yang jelas, Kareena dan Chitrangada sungguh berbeza," kata Sudhir.

Namun, Sudhir ada alasan tersendiri kalau dia memilih Chitrangada untuk watak penggoda.

"Ianya seperti memberi watak penting kepada Aishwarya Rai Bachchan dalam filem Sanjay Leela Bhansali. Ash membuat filem itu tampak istimewa. Begitu juga dengan Chitrangada, saya sudah nampak keistimewaan yang dimilikki Chitrangada dari segi skil dan personaliti.

"Saya betul-betul teruja untuk bekerja dengan dia dalam filem terbaru saya setelah ‘Hazaaron Khwaishein Aisi’."

Tapi seandainya kedua-dua aktres ini ditampilkan di dalam filem ini, tentu saja Chitrangada yang akan tampil lebih glamor.

Ini adalah kerana watak yang akan dibawa oleh Chitrangada ialah sebagai wanita simpanan atau 'social escort' yang mampu menggoda ahli politik dan Kareena mungkin diberikan watak seorang ahli politik wanita.

Pengambaran akan bermula di Rajasthan pada 15 September.

Kali terakhir Sudhir bekerjasama dengan Kareena ialah di dalam filem ‘Chameli’.

"Kareena adalah aktres yang hebat. Walaupun sebelum ini saya dengar macam-macam tentang Kareena tapi dia tidak memberikan saya apa-apa masalahpun," kata Sudhir.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Aamir cuti, isteri kerja

Artikel Lain