suria

Lohan perlu bantuan kaunseling - doktor

Lindsay Lohan (kanan) telah berpisah dengan teman lesbiannya, Samantha Ronson (kiri)
Lindsay Lohan (kanan) telah berpisah dengan teman lesbiannya, Samantha Ronson (kiri)
Lindsay Lohan (kanan) telah berpisah dengan teman lesbiannya, Samantha Ronson (kiri)

PAKAR ketagihan Hollywood, Drew Pinsky percaya aktres Lindsay Lohan memerlukan bantuan kaunseling selepas berpisah dengan teman lesbiannya, Samantha Ronson.

Doktor itu tidak merawat Lohan tetapi merumuskan Lohan ialah `penagih yang lurus bendul' dan oleh itu, memerlukan bantuan.

Beliau berkata: "Saya telah pun memperkatakan bahawa dia akan mengalami gangguan emosi yang serius... sebelum dia beria-ia mendapatkan rawatan kaunseling."

Doktor terbabit turut menasihatkan ibubapa Lohan agar mengikut jejak langkah ibubapa bintang popular Britney Spears yang menyediakan terapi untuk anak perempuan mereka pada 2007.

"Britney mempunyai sakit mental yang teruk.... Britney masih hidup kerana tindakan kedua-dua ibubapanya."

Artikel Berikut

Artikel Lain