suria

OIAM: Simon tidak terkejut disingkirkan

PADAH... Lagu Livin’ On A Prayer nyanyian Simon pada minggu lalu dikritik teruk oleh Paul Moss kerana tidak keluar daripada bayang-bayang penyanyi asal lagu tersebut iaitu Bon Jovi.

SHAH ALAM: Peserta bersuara serak dan seksi, Simon akhirnya mengikut jejak langkah Rizu meninggalkan One In A Million apabila mendapat markah terendah iaitu 7.55 peratus.

Persembahan ‘hambar’ daripadanya mengundang padah memandangkan penjurian adalah berdasarkan 100 peratus undian khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada penonton setelah imuniti ditarik balik pada minggu lalu.

Lagu Livin’ On A Prayer yang dinyanyikan olehnya pada minggu lalu dikritik teruk oleh Paul Moss kerana Simon tidak keluar daripada bayang-bayang penyanyi asal lagu tersebut iaitu Bon Jovi.

“Saya berasa sedih dengan penyingkiran ini dan akan merindui mereka semua.

“Bagaimanapun, saya tidak terkejut apabila disingkirkan pada minggu ini.

“Saya tidak takut apa-apa tetapi ia lebih menggalakkan saya untuk terus mara ke hadapan.

“Selepas ini saya merancang untuk bekerja semula seperti biasa dan menghasilkan album pertama saya yang mengandungi campuran lagu Melayu dan Inggeris,” ujar Simon yang melakukan persembahan terakhirnya semalam menerusi lagu Ku Mohon oleh Datuk Sheila Majid.

Kini, tinggal lima peserta iaitu Tomok, Amylea, Aweera, Esther dan Nine untuk meneruskan perjuangan mereka dalam program realiti yang dihoskan oleh Marion Caunter dan Awal Ashaari.

Bertemakan minggu bersama mentor Sheila Majid, para peserta diberi tugasan untuk menyanyikan lagu-lagu popular Ratu Jazz itu.

Amylea memulakan persembahan dengan lagu Dia, diikuti oleh Nine (Pengemis Muda), Aweera (Antara Anyer dan Jakarta), Esther (Lagenda), dan Tomok (Aku Cinta Pada Mu) manakala lagu Jatuh dinyanyikan secara berkumpulan.

Persembahan mereka dikritik oleh pengkritik tetap iaitu Syafinaz Selamat dan Paul Moss sementara Sheila Majid sebagai pengkritik undangan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Amy Search nafi sertai PAS

Artikel Lain