suria

Sienna Miller `terlalu muda' untuk memegang watak Maid Marian

Sienna Miller sepatutnya memegang watak Maid Marian.
Sienna Miller sepatutnya memegang watak Maid Marian.
Sienna Miller sepatutnya memegang watak Maid Marian.

SIENNA Miller telah digugurkan daripada versi baru filem Hollywood, Robin Hood arahan Ridley Scott kerana dia terlalu muda.

Miller sepatutnya dicalonkan memainkan watak Maid Marian tetapi apabila projek itu menjalani pengubahsuaian, dia tidak lagi sesuai untuk peranan itu.

Sebaliknya, Cate Blanchett dilihat menjadi pilihan utama pula.

"Skrip itu telah diubahsuaikan beberapa kali dan ini biasa berlaku dalam filem-filem. Mereka telah cuba untuk menghasilkan versi baru skrip tersebut dan mereka memerlukan seseorang yang lebih tua," Contactmusic memetik Miller sebagai berkata.

"Terdapat seorang suami yang terlibat dalam peperangan selama 10 tahun dan dia kembali, jadi, tidak sesuai bagi saya memainkan wataknya. Cate Blanchett sedang melakukannya."

Miller menegaskan, terdapat banyak perubahan dalam barisan pelakon, tetapi media enggan memfokus kepada perkara tersebut.

"Media hakikatnya tidak perlu berbuat begitu. Saya yakin ia merupakan projek yang menarik tetapi ini bukan sesuatu yang mengejutkan dalam industri perfileman ketika skrip serta barisan pelakon berubah.

"Walaupun terdapat perubahan dalam barisan pelakon, media tidak akan mendokumenkannya. Saya benar-benar suka bekerja dengan Ridley dan saya masih berharap dapat berbuat demikian kelak," tambahnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain