suria

Shilpa Shetty tidak berkahwin Oktober ini

Shilpa Shetty berpacaran dengan Raj Kundra.
Shilpa Shetty berpacaran dengan Raj Kundra.
Shilpa Shetty berpacaran dengan Raj Kundra.

SPEKULASI menggembar-gemburkan Shilpa Shetty mengahwini kekasihnya, Raj Kundra pada Oktober ini hanya khabar angin walaupun tarikh perkahwinan itu sedang ditentukan.

Menurut sumber rapat dengan Shilpa Shetty, "Adalah tidak tepat dia bakal berkahwin dengan Raj Kundra, Oktober ini. Dia sibuk dengan IPL, filem dan rumah produksinya. Dia telah memberitahu media bahawa dia merancang berkahwin selepas Oktober dan media memainkan isu tersebut".

Shilpa Shetty menjelaskan pendiriannya berhubung perkahwinan,

"Saya hanya tahu saya bakal berkahwin Oktober ini menerusi media. Untuk membetulkan rekod dalam satu temuramah di London, saya menyatakan saya teruja untuk berkahwin selepas Oktober dan belum memikirkan bulan atau tarikhnya.

"Saya akan lebih gembira untuk mengumumkannya secara rasmi apabila tiba masanya. Buat masa ini, panggilan mengucapkan tahniah atas perkahwinan kami boleh ditangguhkan".

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain