Megan Fox inginkan rumah di tepi pantai dengan bekas kekasih? - Hiburan | mStar

Megan Fox inginkan rumah di tepi pantai dengan bekas kekasih?

Megan Fox telah menyelesaikan perselisihan faham dengan bekas tunang lelakinya, Brian Austin Green.
Megan Fox telah menyelesaikan perselisihan faham dengan bekas tunang lelakinya, Brian Austin Green.

AKTRES Hollywood, Megan Fox nampaknya merancang untuk membeli rumah dengan bekas tunang lelakinya, Brian Austin Green ekoran dikesan memeriksa rumah-rumah yang menghadap laut di sekitar Santa Monica di California.

The China Daily melaporkan, kedua-dua mereka dikesan memeriksa beberapa rumah di California.

"Megan ingin rumah yang mempunyai permandangan laut yang cantik kerana dia memang sukakan pantai dan mengesan ikan lumba-lumba,

"Dan mereka berkata mereka perlukan beberapa bilik tidur dan banyak privasi," menurut satu sumber.

Walaupun pasangan itu dikatakan telah berbaik-baik semula, Megan kelihatan tidak memakai cincin pertunangannya semasa memeriksa hartanah di situ.

Menurut sumber lain, pasangan itu menyelesaikan perselisihan mereka beberapa hari selepas berpisah kerana berpendapat, mereka tidak boleh berpisah.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

Senarai 11 ahli PKR umum keluar parti

Azmin, Zuraida dipecat daripada PKR

Bersatu umum keluar Pakatan Harapan