suria

'Nikah gantung' Serina ditunda ke Julai

Serina bakal bergelar isteri kepada Gavin atau nama Islamnya, Salahudin
Serina bakal bergelar isteri kepada Gavin atau nama Islamnya, Salahudin
Serina bakal bergelar isteri kepada Gavin atau nama Islamnya, Salahudin

"TARIKH 1 Jun adalah terlalu awal. Sebaliknya, saya cadangkan 'nikah gantung' antara Rina dan Gavin diadakan pada akhir bulan Julai atau permulaan Ogos ini," kata Chef Wan kepada mStar Online semalam.

Beliau atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail mengulas laporan media bahawa majlis nikah anak perempuannya, Serina yang dijadualkan pada 1 Jun ini mungkin ditunda ke tarikh yang akan diumumkan kelak.

Serina bakal bergelar isteri kepada Gavin, 33, atau nama Islamnya, Salahudin yang baru dikenali tidak sampai setahun dan berasal dari England.

Bagi majlis resepsi pula, katanya, ia dijadual diadakan selepas Krismas ini.

Mengiyakan perkara itu, Chef Wan menjelaskan, beliau sebenarnya sangat sibuk merantau ke London, China, Berlin dan Capetown.

Malah katanya, beliau menghabiskan masa hampir setengah tahun berkelana ke seantero dunia atas urusan kerja.

"Jangan lupa majlis nikah itu melibatkan tiga jadual iaitu, Gavin, saya dan Serina. Selain itu, baru kami tahu bakal pengantin berbangsa asing perlu mengikuti kursus lima hari (pra-perkahwinan) berkenaan agama Islam," jelas beliau.

Mengenai sambutan, Chef Wan berkata, Serina ingin parti bertemakan taman.

Justeru, katanya, beliau bercadang mengadakannya di Genting Resort yang berudara nyaman.

Sementara itu, beliau berharap ia diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan di Jalan Duta Kuala Lumpur.

Diminta berkongsi perasaan apabila anaknya berkahwin tidak lama lagi, Chef Wan berkata, beliau sangat gembira dan bersyukur kerana dua manusia hendak membina `masjid'.

"Apatah lagi, niat itu berdasarkan terbitnya rasa cinta dan hormat serta bangsa asing. Mudah-mudahan ia berjalan seperti yang dirancangkan," katanya.

Chef Wan memberitahu, anaknya memperkenalkan beliau dengan Salahudin pada lapan bulan lalu.

"Menerusi perbualan dengannya, saya tahu dia (Salahudin) seorang yang cerdik dan belajar di London dan Amerika Syarikat. Berumur 32 tahun. Masih bujang. Telah pun tinggal di Malaysia selama lapan tahun.

"Dia mempunyai perniagaan sukan. Selalu turun naik Malaysia dan Hong Kong," katanya.

Sementara itu, Chef Wan memberitahu, Serina pernah melahirkan rasa `kekok' kerana berkawan dengan orang putih.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan anaknya: "Look... You've to be yourself. If the man loves you, he will love you for the way you are.

"Tidak salah berkawan... jodoh telah sampai... tetapi kena jaga-jaga dan belajar daripada kesilapan," ujarnya yang merujuk `kesilapan' itu sebagai kisah percintaan lampau dengan Allahyarham Hani Mohsein ketika Serina baru berumur 18 tahun.

Apa yang penting, tegas Chef Wan, anaknya perlu sentiasa menjaga martabat diri dan tata susila.

Nasihat Chef Wan kepada anaknya: "Hendak cari suami; biarlah yang boleh berlindung... Jika tidak, walk away. Berkahwin... tidak perlu dengan yang kaya... tidak kira pemandu teksi, tukang kebun asalkan dia seorang penyayang, dialah calon menantu saya."

"Saya kahwinkan anak, bukannya jualkan anak," kata Chef Wan ceria.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain