suria

SRK bidas Gavaskar kerana mengkritik Buchanan

SRK membidas bekas kapten pasukan kriket India, Sunil Gavaskar
SRK membidas bekas kapten pasukan kriket India, Sunil Gavaskar
SRK membidas bekas kapten pasukan kriket India, Sunil Gavaskar

BOLLYWOOD aktor dan pemilik pasukan Kolkata Knight Riders, Shah Rukh Khan membidas bekas kapten pasukan kriket India, Sunil Gavaskar kerana tindakannya mengkritik John Buchanan

Buchanan yang merupakan pengurus Kolkata Knight Riders, telah mencadangkan 'teori empat kapten' untuk musim kedua Indian Premier League (IPL).

"Saya menghormati Gavaskar. Saya membesar dengan menyaksikan aksinya. Saya terlalu menghormatinya. Tetapi saya ingin katakan di sini, tolong beri peluang kepada teori kapten-berganda itu untuk dicuba.

"Jika gagal, kita boleh kembali gunakan cara lama," kata SRK pada satu sidang media.

Gavaskar baru-baru ini telah mengkritik teori yang dicetuskan oleh Buchanan dengan menyatakan terlalu banyak kepentingan perlu dituruti.

SRK juga turut melahirkan harapan untuk melihat kumpulannya beraksi dengan lebih baik berbanding tahun lalu.

"Kami mempunyai pemain hebat seperti Chris Gayle, Brendon McCullum, Sourav Ganguly, Brad Hodge, Ajantha Mendis, Ishant Sharma dan Mashrafe Mortaza," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain