suria

Marc Jacobs pilih Hathaway ganti Victoria

Anne mungkin menggantikan Victoria sebagai model Marc Jacobs - foto AFP
Anne mungkin menggantikan Victoria sebagai model Marc Jacobs - foto AFP
Anne mungkin menggantikan Victoria sebagai model Marc Jacobs - foto AFP

AKTRES Hollywood, Anne Hathaway dikatakan telah mencapai persetujuan dengan pereka fesyen, Marc Jacobs yang bakal menyaksikannya menggantikan Victoria Beckham sebagai sumber ilham fesyen untuk Jacobs.

"Pelakon wanita `The Devil wears Prada' itu telah berkawan dengan Jacobs yang berjanji untuk menghasilkan pakaian menarik sempena acara karpet merah nanti," lapor contactmusic.com.

Jika kerjasama mereka berjaya, Anne mungkin akan menjadi model untuk iklan-iklan akan datang sekali gus menggantikan Victoria yang menjadi model bagi kempen Jacobs pada 2008.

"Jacobs dan Anne telah berkawan rapat dalam tempoh yang singkat. Dan mereka bakal tampil di khalayak ramai tidak lama lagi," satu sumber memberitahu.

"Anne belum menandatangani sebarang kontrak pengiklanan lagi, tetapi, dengan menggayakannya dengan fesyen terbaru, Jacobs boleh meletakkan nafas baru pada rekaannya dengan menampilkan Anne.

"Dan Anne boleh membaharui imejnya. Sekiranya ia berjalan lancar, Anne pasti akan gembira menjadi model untuk beberapa kempen Jacobs," tambah sumber itu.

Artikel Sebelum

Artikel Lain