suria

Taylor tidak kesal dedah kisah putus cinta melalui lagu

Kisah putus cinta antara Taylor Swift dan Joe dicurahkan menerusi lagu ciptaan Swift sendiri, Forever and Always - foto oleh REUTERS

TAYLOR Swift akui tidak menyesal mendedahkan kisah putus cintanya dengan ahli kumpulan Jonas Brothers, Joe, kepada khalayak.

Jonas, 19, dikatakan telah memutuskan hubungannya bersama Swift, 19, tahun lalu dengan hanya menerusi panggilan telefon selama 25 saat.

Perasaan kecewa yang dialami oleh Swift dicurahkan oleh penyanyi itu menerusi lagunya berjudul Forever and Always, dan menegaskan dia akan terus mencipta lagu berdasarkan pengalaman peribadinya.

"Saya tidak suka menulis lagu berdasarkan perkara yang saya tidak pernah lalui.

"Ketika ini, saya lebih suka membuat lagu tentang cinta, putus cinta, lelaki dan perasaan," kata Swift.

Artikel Lain