suria

Kylie Minogue mengaku buat botoks

Kylie akui pernah membuat suntikan botok - foto AP
Kylie akui pernah membuat suntikan botok - foto AP
Kylie akui pernah membuat suntikan botok - foto AP

KYLIE Minogue nampaknya mengaku dia telah melakukan suntikan botoks untuk memastikan wajahnya bebas daripada kedutan.

Penyanyi berusia 40 tahun ini juga turut berhasrat menjalani pelbagai prosedur lain untuk mengelakkan penuaan.

"Saya bukanlah jenis yang akan berkata 'awak tidak patut lakukan ini (botoks)'. Setiap individu mempunyai hak untuk buat apa yang mereka suka.

"Setiap wanita ingin dilihat menarik pada semua bahagian badan mereka. Terpulanglah kepada diri masing-masing sama ada untuk menggunakan peluang atau kemudahan yang ada atau tidak.

"Saya lebih suka nampak 'natural' sejak kebelakangan ini. Tetapi saya memang ada membuat botoks pada awal tahun ini," kata Kylie.

Artikel Lain