suria

J Lo dalam Angel Eyes di 8TV!

SEKALI lagi, stesen TV terkenal 8TV menghidangkan filem-filem menarik dari Hollywood untuk tontonan anda sekeluarga.

Slot 'Popcorn N’ Wednesday' ini akan menyajikan filem-filem hebat pada setiap Rabu jam 10.00 malam khas untuk penonton setia kami!

“Kami di 8TV sentiasa mahu yang terbaik untuk penonton setia kami. Bagi slot popular kami Popcorn N’ Wednesday, kami telah menyediakan lima buah filem yang cukup hebat dari Hollywood untuk mengisi malam Rabu anda!” ujar Pengurus Besar 8TV Lam Swee Kim.

Family in Hiding Tarikh siaran: 1 April 2009 Masa: 10 malam hingga 12 pagi

Tarikh siaran: 1 April 2009

Setelah melihat suatu pembunuhan tragis, seorang ibu tunggal dan kedua orang anaknya menjadi saksi utama bagi kes tersebut.. mereka juga telah diberi perlindungan oleh pihak berkuasa.

Namun mereka mendapati nyawa mereka terancam dan ada pihak di luar sana yang mahu mereka dibunuh. Segala maklumat peribadi mereka juga berjaya dibongkar.

Dibintangi oleh: Brenda Strong, Elyse Levesque & Hrothgar Mathews

Duplex Tarikh siaran: 8 April 2009 Masa: 10 malam hingga 12 pagi

Tarikh siaran: 8 April 2009

Dibintangi oleh pelakon komedi popular Ben Stiller dan pelakon wanita popular Drew Barrymore, Duplex merupakan sebuah filem komedi yang cukup menghiburkan.

Alex Rose dan Nancy Kendricks merupakan pasangan muda yang sedang mencari tempat tinggal bagi memulakan kehidupan baru mereka.

Mereka akhirnya menjumpai sebuah rumah yang ideal namun mereka berdepan dengan suatu masalah.

Seorang wanita tua yang menyewa di situ enggan berpindah keluar.

Alex dan Nancy telah mencuba sedapa upaya untuk meyakinkan wanita itu supaya berpindah namun usaha mereka nyata sia-sia.

Rumah idaman mereka akhirnya bertukar menjadi mimpi ngeri buat pasangan itu.

Dibintangi oleh: Drew Barrymore & Ben Stiller.

Chasing Liberty Tarikh siaran: 15 April 2009 Masa: 10 malam hingga 12 pagi

Tarikh siaran: 15 April 2009

Anak perempuan seorang Presiden tidak pernah merasakan zaman remaja seperti orang lain.

Beliau akhirnya berjaya meloloskan diri dari jagaan pegawai keselamatan yang telah dihantar oleh bapanya sewaktu bercuti di Eropah.

Beliau akhirnya bertemu dengan seorang jejaka dan akhirnya jatuh cinta tanpa mengetahui bahawa si jejaka juga merupakan salah seorang pegawai keselamatan yang bekerja untuk bapanya.

Dibintangi oleh: Mandy Moore & Matthew Goode

Angel Eyes Tarikh siaran: 22 April 2009 Masa: 10 malam hingga 12 pagi

Tarikh siaran: 22 April 2009

Sharon Pogue merupakan seorang pegawai polis terperangkap dalam situasi yang begitu mencemaskan apabila beliau hampir ditembak mati oleh penjahat.

Namun beliau diselamatkan oleh seorang lelaki misteri bernama “Catch”.

Sharon yang sedang bergelut dengan pelbagai masalah akhirnya jatuh cinta dengan “Catch” tanpa menyedari bahawa beliau sebenarnya pernah bertemu dengan “Catch” sebelum ini.

Dibintangi oleh: Jennifer Lopez & James Caviezel.

House of Wax

Tarikh siaran: 29 April 2009

Masa: 10 malam hingga 12 pagi

Sekumpulan remaja dalam perjalanan untuk menyaksikan perlawanan bola sepak namun akhirnya terjebak dengan sebuah pembunuhan kejam yang cukup mengerikan di sebuah perkampungan kecil.

Mereka berusaha untuk mencari jalan keluar bagi menyelamatkan diri masing-masing.

Adakah mereka akan terselamat? Saksikan filem House of Wax yang penuh dengan adegan-adegan yang menyeramkan!

Dibintangi oleh: Elisha Cuthbert, Chad Michael Murray, Brian Van Holt & Paris Hilton.

Jangan lupa untuk menyaksikan filem-filem menarik sepanjang April ini, setiap Rabu jam 10 malam hanya di 8TV.

Anda juga dapat menonton siaran 8TV melalui saluran 708 Astro.

Anda kini dapat menonon program kegemaran anda melalui telefon bimbit dengan melayari ke www.mobile.8tv.com.my. Selamat menonton!

Artikel Lain