suria

Miley tidak mahu bintangi 'Hannah Montana' lagi

Miley menjadi masyhur dalam rancangan televisyen kegemaran kanak-kanak dengan nama yang sama pada 2006.
Miley menjadi masyhur dalam rancangan televisyen kegemaran kanak-kanak dengan nama yang sama pada 2006.
Miley menjadi masyhur dalam rancangan televisyen kegemaran kanak-kanak dengan nama yang sama pada 2006.

BINTANG remaja Miley Cyrus, 16, telah mengecewakan peminat-peminatnya apabila dia menegaskan tidak akan membintangi sebarang filem 'Hannah Montana' lagi.

Cyrus menjadi masyhur dalam rancangan televisyen kegemaran kanak-kanak dengan nama yang sama pada 2006.

Selepas membuat penggambaran untuk tiga musim rancangan itu, dia bersedia mengambil peranan lebih besar dengan pelancaran "Hannah Montana: The Movie" baru-baru ini.

Bagaimanapun, satu laporan berkata, Cyrus menggesa para penyokongnya menonton filem tersebut kerana tidak akan membuat kemunculan lagi sebagai 'pelajar sekolah-bertukar menjadi-bintang pop'.

"Kami benar-benar bertuah kerana mempunyai cukup bahan untuk membuat satu filem. Untuk membuat satu filem lagi menuntut banyak realiti.

"Pelajar sekolah menengah yang normal melihat rambut palsu Hannah yang berwarna perang muda dan berkata...'Itu bukan realiti'," katanya.

"Kami tidak membuat plot yang menjadikan satu lagi musim tidak realistik. Kita semua membuat musim ketiga, dan berharap membuat musim keempat.

"Jadi, saya tidak tahu sama ada saya akan membuat filem lagi, tetapi kita berminat membuat satu musim lagi," tambahnya.

Artikel Berikut

Artikel Lain