suria

Jennifer Hudson reka sendiri gaun kahwinnya

Jennifer nekad untuk mereka bentuk gaun perkahwinan sendiri yang mempunyai ciri-ciri tradisional dan berkelas tinggi.

PENYANYI dan penulis skrip lagu Amerika Syarikat, Jennifer Hudson mendedahkan, beliau akan mereka bentuk gaun kahwin untuk majlis perkahwinannya dengan kekasih, David Otunga.

Katanya, dia tidak berhasrat untuk membeli gaun perkahwinan tetapi sebaliknya, akan merekanya sendiri.

Jennifer nekad untuk mereka bentuk gaun perkahwinan sendiri yang mempunyai ciri-ciri tradisional dan berkelas tinggi.

"Saya akan mereka bentuk gaun sendiri. Saya ingin menciptanya. Sudah pasti ia adalah klasik dan lebih tradisional berbanding dengan yang lain," The Daily Star memetik beliau sebagai berkata.

Tunangnya dikatakan telah melamar Jennifer pada hari jadi ke-27, dan pasangan itu akan melangsungkan perkahwinan mereka tidak lama lagi.

Sementara itu, Jennifer juga memberitahu, dia ingin tiga ekor anjingnya menemaninya di majlis perkahwinan itu nanti.

Artikel Berikut

Artikel Lain