suria

Pamela lancarkan butik pakaian 'mesra-alam'

Pamela akan melancarkan rekaan pakaian yang berkonsepkan 'mesra-alam'
Pamela akan melancarkan rekaan pakaian yang berkonsepkan 'mesra-alam'
Pamela akan melancarkan rekaan pakaian yang berkonsepkan 'mesra-alam'

AKTRES Pamela Anderson telah bekerjasama dengan pereka fesyen, Richie Rich untuk melancarkan rekaan pakaian yang berkonsepkan 'mesra-alam'.

Rich dan pelakon berusia 41 tahun itu yang juga merupakan aktivis haiwan sedang di dalam proses menyiapkan rekaan kasut 'leather-free' dan pakaian kasual termasuklah skirt dan baju mandi untuk jenama Muse yang baru.

"Saya tidak begitu suka memakai baju. Saya lebih gemar berbogel. Tetapi memandangkan saya suka rekaan Rich, jadi saya setuju untuk menyertai Muse," kata Pamela.

"Pam adalah seorang yang gemarkan aktiviti luar dan merupakan seorang kawan yang akan saya dampingi selama-lamanya. Kami berkongsi minat yang 'gila' dan dia juga adalah sumber inspirasi saya sejak dulu lagi," kata Rich.

Pakaian-pakaian tersebut dijangka akan dilancarkan pada musim panas nanti.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain